Lelaki Indonesia Dan Remaja Perempuan Dibunuh Di Pasar Malam di sebelah rumah saya





Assalammualaikum

Sebenarnya banyak yang saya nak update , tapi keaddan tak membenarkan .
Saya kelam kabut update sebab nak keluar nanti.

Kejadian yang menakutkan berlaku di pasar malam sebelah rumah saya semalam
Kawan saya punya adik ditikam


Lelaki Indonesia Dan Remaja Perempuan Dibunuh Di Pasar Malam sebelah rumah saya

Nie petikan yang saya copy paste dari mStar Online


Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Superitendan Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek kemudian dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat kejadian.

"Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Dia mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama malam Sabtu.

Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampilmemberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.


Okeyh!!!kalo nak tahu lokasi die mcam mane meh dtg umah saye ,,, sebelah je ..dekat yg amat.
or tengok berita je .. hehe

Adik Dieyla
Dari apa saya dengar dari berita die pergi pasar malam dengan kakak die
Tapi dari kawan2 saya
Die pergi pasar malam dengan Aisyah kawan saya dan kawan Maizura jugak
Entah la
Kawan saya Aisyah sampai sekarang tengah trauma
Nak cakap pun susah semalam
Jue kawan saya pown ada semasa kejadian berlaku
Depan oi!!!ngeri siot!!!tak percaye tanye Syahirah Potato spring kawan saya berniaga kat pasar malam tu ... hehe



Selepas dia ditikam , seorang perempuan yang menjual al-Quran disitu sempat mengajar mengucap kalimah syahadah dan gadis itu sempat mengikutinya .. Ahamdulliah
Jasad Adik Fathanah dibedah siasat semalam dan hari ni sudah dibawa kembai ke rumah untuk disemadikan .





Pesanan untuk Mai , lain kali jalan tgk jalan , ni tak ,, pijak darah je .. haha .. lari terus bile die tahu

Apa-apa pun kita sedekahkan Al-FaTihah kepada adik Fathanah . Dia seorang yang pendiam , sopan santun dan juga pemalu .

dan

Saya sangat bersyukur kerana saya memenangi satu Giveaway dan mendapat hadiah 2 helai shawl .. hehe




No comments: